top of page

VIDEO  ISLAMIK

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN

KATEGORI TERBUKA ( INDIVIDU )

1.   Penyertaan terbuka kepada semua YANG BERUMUR 13-25

2.   Peserta perlu menghasilkan Video Pendek bertemakan “ KERANA SYURGA BUKAN PERCUMA  ”

3.   Kategori Video yang dipertandingkan ialah VIDEO PENDEK.

4.   Komik adalah asli , hasil karya sendiri dan tidak diciplak dari mana-mana sumber

5.   Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.

6.   Bahasa yang boleh digunakan ialah Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris

7.   Tempoh video pendek adalah tidak melebihi 7 minit, termasuk paparan penghargaan.

8.   Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah memenangi anugerah dalam

      mana-mana pertandingan/Festival Filem/video peringkat Negeri, kebangsaan atau

      antarabangsa.

9.   Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan.

10. Audio yang digunakan hendaklah bebas daripada bayaran royalti (Royalty Free )

11. Hakcipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun penganjur boleh

      menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program pendidikan, promosi semasa dan

      selepas pertandingan.

12. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan

      dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan

13. Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD.

14. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Oktober 2016

15. Pemenang pertandingan akan di hubungi melalui email atau mana - mana cara yang dirasakan           sesuai oleh pihak penganjur

Cara Penyertaan

 1. Peserta hendaklah menigisi borang penyertaan yang disediakan di bawah

 2. Peserta hendaklah menguploadkan file yang lengkap di cloud server (google drive, dropbox, etc.)

 3. Link ke cloud file tersebut hendaklah di sertakan di ruangan yang disediakan di borang penyertaan

© 2016 by Drive To Jannah

Visitor Counts

bottom of page